- Amalkan makan malam sebelum jam 7.00 malam,Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan akan di simpan sebagai lemak.
- Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus.Kebanyakannya indah khabar dari rupa.Duit habis badan tetap jugak naik cam.Jadi berfikir dengan waras dan bijak sebelum membeli sesuatu produk pelansingan badan.
- Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di pasaran dan farmasi.Pandangan doktor adalah lebih selamat.
- Turun 1 kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak.Ini boleh menggangu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.
- Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit-up.Jika mampu,berkunjunglah ke gym berdekatan.Senaman membentuk otot yang sihat dapat membakar lemak.
- Positifkan diri.Buatlah target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai.Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat
- Jangan asyik menimbang berat badan.Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan.Cara yang paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
- Beri penghargaan pada diri sendiri.Beri ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tercapai.Contohnya,makan satu bar coklat yang sedap.Jangan risau...sesekali tidak mengapa!
Sunday 19 February 2012
TIPS DIET YANG BERKESAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment