Tuesday 13 December 2011

Waspadalah Terhadap Orang Yang Dengki

1.Bacalah Surah Mu'awwiZatain (surah An-Naas dan Al-Falaaq),zikir-zikir dan doa :
    Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia mendengki.(Al-Falaq:5)
2.Menyembunyikan rahsia anda terhadap orang yang mendengki
.......janganlah kalian masuk(bersama-sama)melalui satu pintu gerbang tetapi masuklah melalui pintu gerbang yang berlainan.(Yusuf:67)
3.Menjauhi dari si pendengki itu:
Dan jika kalian (Fir'aundan pengikutnya )tidak mahu beriman kepadaku (Musa)maka janganlah kalian mengganggu aku.(Ad-Dukhan:21)
4.Berbuat baiklah kepada si pendengki untuk menolak ganguannya:
......tolaklah(kejahatan itu)dengan cara yang lebih baik.......




(Dipetik Dari buku Jangan bersedih)

Saturday 26 November 2011

MAAL-HIJRAH

Assalamualaikum...kepada blogger-blogger dan umat islam seluruh dunia,Selamat Menyambut Maal-Hijrah.

Friday 18 November 2011

Perantau

    Hidup seorang perantau banyak dugaan yang perlu ditempuhi.Hidup di tempat yang asing,jauh dari keluarga dan sanak saudara banyak menguji kesabaran.Setiap langkah yang di ambil haruslah berhati-hati.Mencari rezeki di tempat orang, memerlukan kecekalan dan ketabahan hati yang kuat.Bila dah berjauhan dengan keluarga, rakan-rakan atau orang yang di sayangi lah tempat kita mengadu dan berkongsi masalah.Tapi ada masa dan satu ketika kita akan berasa sunyi dan terasing.
    Kadang-kadang tak semua masalah kita boleh berkongsi dengan orang lain.Adat di dunia ni,ada manusia yang yang boleh menerima kita seadanya,dan ada pula yang tidak suka.Ini semua asam garam kehidupan.Sebagai seorang perantau itu semua sudah menjadi lumrah.Kena menerima semua itu dengan hati yang terbuka,dan belajar dari kesalahan dan memperbaikinya.Perantau ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan yang sudi mengambil berat tentang kehidupannya.Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi kamu semua...

Sunday 13 November 2011

Jangan Bersedih,Ingatlah Selalu Kepada Allah

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Ar-Ra'd,ayat 28

....ingatlah,hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenang.
Kerana itu,ingatlah kamu kepadaKu,nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (Al-Baqarah:152)
....lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah. (Al-Ahzab:41-42)

Tuesday 4 October 2011

Pengalaman yang menakutkan

Hari ni hari bersejarah aku.aku telah mengalami peristiwa yang jarang-jarang orang lain dapat.aku berada dalam kedai yang kena samun.Nasib baik penyamun tu tak menapa-apakan customer yang ada dalam kedai aku.Kejadian tu berlaku terlalu pantas,sampai aku sendiri tak percaya dengan apa yang aku nampak dan alami...Penyamun tu hanya mengambil masa tak sampai 5 min untuk melarikan duit yang berada di kaunter.Aku dapat melihat wajah penyamun tu dari jauh..penyamun tu melayu,dari raut wajah dia umur dia dalam 20-an.Menggunakan sepucuk pistol.budak tu datang menyamun seorang diri je.Masa dia samun di a cume cakap bagi duit lepas tu mengarahkan customer yang lain jangan buat bising.Kemudian dia beredar...Fuhhhh...kecut perut aku masa tu.Ni lah pengalaman yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila

Friday 30 September 2011

Kerja...kerja...kerja.....

Boring betul bila hari-hari kena kerja,tapi kalu tak kerja duit pulak tak masyuk.Staet kerja tadi memang boring teramat sangat..apa yang aku buat bila dah bosan ?apa lagi aku layan cerita korea dekat MAADUU.Sampai nak habis dah cerita korea tu aku layan,last-last line pulak buat hal..tersangkut-sangkut pulak,geram betul aku..Hai nasib badan,dah tak tau nak buat apa.aku buka blog ni,sambil tu tinjau blog lain sama...oh...rupa-rupanya banyak benda yang menarik yang boleh aku pelajari.
Emm..pasni aku akan rajin buka blog ni...k la nak out dulu sambung esok pulak...

Tuesday 6 September 2011

salam perkenalan...

Assalamualaikum...kepada semua blogger-blogger seluruh malaysia.Saya baru dalam aren ini,jadi harap blogger-blogger di luar sana dapat bantu saya.harap dapat berikan tunjur ajar pada saya.