Wednesday 25 January 2012

Kalimah Allah pada selipar

Tentu semua terkejut bila baca tajuk ni,Aku sendiri masih tak percaya yang perkara ni terjadi pada aku sendiri..Ya Allah ampunkan lah dosa ku..Mungkin diri aku cuai ketika membeli selipar tu. Cerita dia macam ni...Masa Raya Cina hari tu aku dapat cuti,jadi aku balik ke kampung aku.Orang macam aku ni keja jauh dari keluarga.bila dah dapat cuti apalagi seronok bukan main la nk lik kampung,untuk jumpa orang tua ngan adik2.Aku kerja di utara, kampung aku pulak kat selatan.Bayangkan betapa jauh perjalanan aku unuk pulang ke kampung.Kao naik bas,alamatnye kematu punggung.
K la,dipendekkan cerita sampai kampung ,orang tua serta adik-adik aku menyambut kedatangan aku dgn gembira..(cam dalam cerita drama lak rasa).Aku ni punyai keluaraga yang besar.Aku anak yang sulong.Biasa lah dah kebiasaan,bila balik kampung ni,adik-adik aku suka minta macam2.Tapi aku tak penah rasa tu satu bebanan pada aku.dah jadi tanggungjawab aku pun.Adik lelaki aku yang bongsu mintak kat aku suruh belikan dia selipar.Aku saja lah melawak ngan adik aku.Aku cakap boleh, tapi yang murah je.Adik aku cakap tak kisah janji belikan.
Keesokkan harinye,aku pun keluar ke pekan dengan adik2 pompuan aku.Hari aku nak belikan selipar tu pulak hari cuti sempena Raya Cina,jadi banyak kedai tutup.Cari punya cari jumpa 1 kedai kasut ni yang buka.Aku ajak adik perempuan aku temankan.Cari punya cari jumpa lah satu selipar yang agak menarik.Adik perempuan aku cakap selipar tu sesuai dengan adik lelaki aku.Aku pun tak cakap banyak terus ambil selipar tu dan terus bayar di kaunter.Aku langsung tak check fizikal selipar tu.Sampai kat umah aku suruh adik perempuan aku bagi kat adik lelaki aku,tapi malangnya adik aku keluar berjalan.Adik perempuan aku simpankan lah selipar tu.
Hampir maghrib adik lelaki aku sampai kat umah,bila dia tengok ada selipar baru atas meja depan umah.dia mencubanya.Masa dia cuba pakai selipar tu aku ada,aku tanya adik aku ok tak selipar tu?Dia kata ok pastu dia tanya harga selipar tu,aku jawablah harga selipar tu rm29.90 je.Adik aku senyum je.Aku pun senyum gak bila tengok adik aku happy.
Cerita selipar ni aku ingat dah ada kesudahannya,rupa-rupanya tak.Masa tu cuti aku abis dh,jadi aku kena balik ke utara untuk bekerja semula.Maka pada hari itu berangkatlah aku.sedihnya hati nak tinggalkan orang tua dan adik2 tersayang aku.Tapi nak wat cam manekan?Aku ni bila berjalan jauh,aku suka tido...hehehe.Bila tido tak lah rasa jauh sangat perjalanan tu.Dalam perjalanan tu,Ibu aku ada menelefon aku.Aku ni kalo dah tido bunyi bom sebelah telinga pun aku tak dengar.Masa bas berhenti kat perhentian baru aku sedar ada miss call kat telefon aku.Aku menelefon ibu aku kembali,bila dapat cakap dengan ibu ,soalan pertama yang yang ibu tanya "kat mane aku beli selipar tu?"Aku cakap lah kat kedai kasut yang berdepan dengan chicken delight.Aku macam pelik la.Aku tanya nape?Ibu cakap kat selipar tu ada Kalimah Allah,satu bawah tapak kasut,satu lagi kat atas selipar tu.Aku punyalah terkejut..Ibu cakap kat aku ibu nak bawa selipar tu kat Hal Ehwal Pengguna.Aku setuju sangat2.Tak sangka aku pekara ni boleh berlaku,pihak yang tertentu seharusnya memainkan peranan yang penting untuk membendung perkara ini.Jangan pandang remeh perkara seperti ini.Aku rasa perkara macam ni bukan sekali dua terjadi.Sebelum ni aku pernah terbaca satu entri yang mengatakan pada sejadah ada corak yang bermotifkan khinzir.Aku berharap sangat perkara seperti ini tak terjadi lagi.bagi pembeli pula sebelum membeli sesuatu barang kenalah teliti betul2.Jangan jadi macam aku.

Wednesday 18 January 2012

Bunyi aneh di langit kota Samarahan di Sarawak

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk di Sarawak:






Adakah bunyi ini satu petanda untuk kita sentiasa mengingatinya..Sama-samalah kita renungkannya...