Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari
langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12
Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel
mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara
hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada
yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu
berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The
Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di
Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan
kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk di Sarawak:
Adakah bunyi ini satu petanda untuk kita sentiasa mengingatinya..Sama-samalah kita renungkannya...
No comments:
Post a Comment